MGNews : PRN Johor: PDRM Sedia Tambah Anggota

Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia menambah jumlah penugasan anggotanya ke Johor sekiranya diperlukan bagi memastikan kelancaran perjalanan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain berkata, pasukannya sentiasa dalam keadaan bersiap siaga untuk berhadapan PRN kali ini.