Home Nasional Pengurus pemasaran ditahan SPRM kes salah guna kuasa

Pengurus pemasaran ditahan SPRM kes salah guna kuasa

MACC MITRA Funds Malaysian Indian Transformation Unit Ministry of National Unity B40
SPRM) Johor telah menahan seorang bekas pengarah urusan sebuah syarikat teknologi maklumat (IT)  kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah hampir RM8 juta.

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang pengurus pemasaran bagi membantu siasatan berhubung kes penyalahgunaan kuasa membabitkan penyelewengan bayaran hasil buah tandan segar kelapa sawit berjumlah lebih RM85,000.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 35 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Johor Bahru kira-kira pada pukul 12.30 tengahari tadi selepas hadir untuk memberikan keterangan.

Difahamkan, pada 2018 hingga 2019, suspek yang bertugas sebagai pengurus pemasaran telah disiasat kes menyalahgunakan kuasa dengan menyeleweng wang bayaran bagi hasil jualan buah tandan segar sawit untuk kepentingan dirinya sendiri.

Azmi Alias

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

Kes disiasat dibawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.-MalaysiaGazette