Home Nasional Wakil media masih ‘berkampung’ di IJN ikuti perkembangan Tun M

Wakil media masih ‘berkampung’ di IJN ikuti perkembangan Tun M

Pengamal media berkumpul bagi menunggu perkembangan terkini mengenai bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 24 JANUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Walaupun sudah masuk hair ketiga namun wakil media didapati masih ‘berkampung’ di Institut Jantung Negara (IJN) bagi mendapatkan perkembangan terkini tentang kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

MalaysiaGazette difahamkan para pengamal media telah pun berada di sini sejak 8 pagi tadi.

Sehingga kini hanya sebuah kenderaan Istana Negara sahaja dilihat memasuki perkarangan IJN pada pukul 2.11 petang. 

Namun tidak dapat disahkan siapa di dalam kenderaan berkenaan.

Pada Sabtu yang lalu, Dr Mahathir disahkan berada dalam Unit Rawatan Koronari (CCU), IJN.

Ahli Parlimen Langkawi itu kemudian dilaporkan kembali stabil dan memberi respons yang baik kepada rawatan lanjutan prosedur elektif yang dijalankan. 

Semalam anak perempuannya, Datin Marina berkata, mereka sekeluarga sudah boleh berinteraksi dengan ayahnya.

Sebagai rekod, Dr. Mahathir sebelum ini dibenarkan keluar dari IJN pada 13 Januari selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu pada 7 Januari bagi menjalani prosedur perubatan elektif.

Prosuder berkenaan disahkan telah berjaya pada 8 Januari. -MalaysiaGazette