Home Ekonomi Harga RON97 naik lima sen

Harga RON97 naik lima sen

Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak lima sen seliter kepada RM3.12 seliter bagi tempoh 27 Januari 2022 hingga 2 Februari 2022.

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak lima sen seliter kepada RM3.12 seliter bagi tempoh 27 Januari 2022 hingga 2 Februari 2022.

Manakala harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal pada paras RM2.05 dan RM2.15 seliter.

Kementerian Kewangan berkata, kerajaan mengekalkan harga runcit RON95 dan diesel bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

Harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette