KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan kononnya berusaha mengembalikan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) disebabkan kes mahkamahnya.
Presiden UMNO menganggap ia satu-satunya propaganda politik yang masih menjadi modal pihak membencinya.
“Propaganda saya mahu UMNO/BN bekerjasama dengan parti itu sudah berakhir. Begitu juga propaganda menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri terdahulu kerana tamakkan kuasa.
“Biar saya terangkan apa yang saya pernah berulang kali nyatakan sejak awal bahawa sesungguhnya saya bertekad untuk membersihkan nama saya di mahkamah,” katanya dalam ciapan dan bebenang di Twitternya hari ini.
Menurut Ahmad Zahid, biar pun ramai berpandangan ia adalah pendakwaan politik dan terpilih selepas UMNO/BN tewas PRU-14 namun dirinya berani berdepan atas nama kebenaran.- MalaysiaGazette