Home Utama Jangan berpura-pura, akuilah kedudukan Kerajaan Johor amat lemah – Khaled

Jangan berpura-pura, akuilah kedudukan Kerajaan Johor amat lemah – Khaled

Mohamed Khaled Nordin

KUALA LUMPUR – Tan Sri Abdul Hadi Awang diminta berhenti berpura-pura dan terimalah hakikat bagawa kedudukan Kerajaan Negeri Johor adalah sangat lemah dan tidak menentu kerana hanya ada satu majoriti sahaja.

Jadi, jalan terbaik untuk mendapatkan kembali sebuah kerajaan yang kukuh, dengan mandat yang sah, adalah melalui Pilihan Raya Negeri (PRN).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan, Kerajaan Negeri Johor tidak boleh terus menerus mempunyai kerajaan yang terbentuk hanya dengan percaturan ahli politik yang sekali gus menafikan pilihan rakyat.

Menurutnya, walaupun Abdul Hadi dan Pas mungkin gemar dengan pendekatan sedemikian, tetapi ia tidak matang dan tidak menyantuni prinsip demokrasi yang jujur.

Khaled yang mengakui Pas adalah parti yang besar dan sangat hebat, semoga kekuatan dan kehebatan tersebut terbukti dalam PRN Johor nanti.

“Saya beri jaminan pada Tan Sri, UMNO-BN tidak akan cuba menumpang kehebatan dan kekuatan Pas dengan 1 juta ahli itu. Cuma, janganlah pula Tan Sri memarahi kami jika kami tidak mahu bekerjasama dan menunggang kehebatan dan kekuatan PAS.

”Yang pasti, kami doakan yang terbaik untuk Pas sebagai parti besar, hebat dan kuat dalam PRN Johor nanti,” katanya menolak pandangan Presiden Pas bahawa PRN Johor adalah agenda pemimpin ‘Kluster Mahkamah’ dari UMNO.

Malah, beliau menegaskan pandangan oleh Abdul Hadi itu terdapat beberapa kekhilafan dan percanggahan yang sangat besar.

Dalam kenyataan yang dibuat semalam, Abdul Hadi berkata, Pas sebagai parti yang mempunyai kekuatan 1 juta ahli dan mempunyai 197 kawasan tidak akan berdiam diri dan mempunyai strategi balas sekiranya UMNO terus menerus melakukan PRN dan ia mendukung Perikatan Nasional khususnya dalam mengajak Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyertai Muafakat Nasional (MN) kerana ia adalah agenda untuk masyarakat majmuk, bukan hanya untuk menyatukan Melayu sahaja, tidak seperti BN yang sudah tidak relevan.

Mengulas mengenai perkara itu, Khaled yang juga bekas Menteri Besar Johor berkata, beliau sehingga kini belum memahami bagaimana PN dan MN adalah agenda kemajmukan dan Barisan Nasional yang mempunyai parti pelbagai kaum pula tidak bersifat majmuk dan sudah tidak relevan.

”Apa-apa pun, dalam keseriusan Tan Sri untuk menyatukan semua pihak di bawah kemajmukan PN dan Muafakat Nasional, saya harap jangan lupa untuk turut menjemput PAN dan DAP bersama. Barulah benar-benar majmuk,” ujarnya. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. KELANTAN bawah PAS 2004/2008 PERNAH majoriti TIPIS 23/22 tidak TERGAMAK BUBAR DUN….dan ALHAMDULILLAH izin ALLAH hingga hari ini bersama DUN

  2. rakyat sudah bosan dengan kerenah dan permainan ahli politik yang mana selepas menang mementingkan keuntungan peribadi.

    “Perlu kita akui, negara sedang rosak dengan pimpinan sedia ada yang bukan sahaja tidak berintegriti sebaliknya begitu korup.

Comments are closed.