Home Dunia 5,207 kes baharu Covid-19 di Singapura, 1 kematian dilaporkan

5,207 kes baharu Covid-19 di Singapura, 1 kematian dilaporkan

Penduduk Singapura yang memakai pelitup muka di tempat awam.Foto-CNA/Gaya Chandramohan)

SINGAPURA – Singapura merekodkan 5,207 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari semalam(29 Jan), dengan 4,959 kes jangkitan tempatan dan 248 kes import.

Menurut laman web Kementerian Kesihatan, terdapat satu kes kematian yang menyaksikan jumlah kematian akibat komplikasi koronavirus meningkat kepada 854 kes.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan kekal pada 2.24.

Dalam pada itu, di bawah pendekatan baharu Kementerian Kesihatan dalam membentangkan bilangan mereka yang dijangkiti, kiraan kes harian melibatkan bilangan kes Protokol 2, mereka yang sihat atau dinilai mempunyai keadaan ringan.

Antara kes yang dilaporkan semalam, sebanyak 3,475 kes adalah jangkitan Protokol 2, terdiri daripada lapan kes import dan 3,467 kes tempatan.

Sebanyak 1,732 kes lagi disahkan melalui saringan Covid-19 dan 240 daripadanya jangkitan import dan 1,492 tempatan.

Selain itu, sehingga semalam, Singapura merekodkan 343,832 kes Covid-19 sejak permulaannya wabak itu.

Terdapat 656 pesakit dimasukkan di hospital yang mana 49 kes memerlukan oksigen. Tiga belas pesakit berada di unit rawatan rapi.

Sehingga semalam, 92 peratus penduduk Singapura yang layak telah menerima vaksin penuh di bawah program vaksinasi kebangsaan.

Sementara itu, kira-kira 58 peratus daripada jumlah penduduk telah menerima suntikan penggalak vaksin mereka. – CNA NEWS

https://www.channelnewsasia.com/singapore/covid-19-new-cases-deaths-jan-29-moh-icu-hospital-2467536