Home Nasional Bukit Aman siasat kematian pesakit mental

Bukit Aman siasat kematian pesakit mental

Polis sedang memburu dua lelaki dipercayai terlibat kes pukul dalam sebuah restoran di Bandar Mahkota Cheras pada Jumaat lepas.- Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dipercayai pesakit mental yang disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan selepas ditahan polis.

Lelaki tersebut mengamuk dan menyerang bapanya di rumah mereka di Kampung Temong Hilir, Kuala Kangsar pada jam 7 malam, semalam, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad.

Katanya, polis tiba di lokasi ketika suspek dalam keadaan agresif dan bergelut serta ditahan di atas tanah oleh empat lelaki termasuk bapanya.

“Polis kemudian membantu menahan lelaki tersebut untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan semasa dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kangsar, suspek tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan.

Azri berkata, kes ini diklasifikasikan kes mati mengejut sehingga laporan bedah siasat diperoleh.

Kes ini disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) jabatan itu. – MalaysiaGazette

+ posts