Home Nasional IPD Brickfields tingkat kawalan keselamatan kediaman, kawasan orang ramai

IPD Brickfields tingkat kawalan keselamatan kediaman, kawasan orang ramai

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Ibu Pejabat Daerah Brickfields akan mempertingkatkan lawatan ke kawasan kediaman yang ditinggalkan bagi memastikan tidak berlakunya kejadian pecah rumah dan curi sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Pada masa yang sama pihak Polis Diraja Malaysia akan mengatur gerak Operasi Pencegahan Jenayah serta membuat pemeriksaan di kawasan tumpuan orang ramai bagi memastikan keselamatan dan pematuhan terhadap prosedur operasi standard Pelan Pemulihan Negara Fasa 4.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, ini bagi membendung penularan wabak Covid-19 semasa berkumpul bersama keluarga mahupun sahabat handai samada di kediaman persendirian ataupun di premis serta restoran-restoran.

Nasihatnya, orang ramai perlu memastikan kediaman serta premis perniagaan telah dikunci bagi mengelakkan dari berlakunya kejadian jenayah dan memaklumkan pada pihak polis di balai polis berhampiran bahawa premis akan ditinggalkan.

Maklumkan juga kepada jiran sepanjang ketiadaan pulang ke kampung halaman untuk sama memerhatikan kediaman anda. – MalaysiaGazette