BRASILIA – Tanah runtuh dan banjir akibat hujan lebat di negeri Sao Paulo telah mengorbankan sekurang-kurangnya 19 orang sejak Jumaat.
Jumlah itu termasuk tujuh orang kanak-kanak, kata pegawai keselamatan awam, semalam.
Menurut pihak berkuasa negeri São Paulo, sembilan orang lain cedera dalam hujan dan empat lagi hilang.
Manakala kira-kira 500 keluarga kehilangan tempat tinggal di seluruh negeri.
Gabenor Sao Paulo, João Doria membenarkan 15 juta reais disalurkan untuk bantuan kecemasan bagi bandar-bandar yang terjejas.
Menurut laporan Reuters, majlis perbandaran yang paling teruk terjejas di sekitar São Paulo termasuk Aruja, Francisco Morato, Embu das Artes dan Franco da Rocha.
Ribut itu juga menyebabkan kerosakan di bahagian utara Varzea Paulista, Campo Limpo Paulista, Jau, Capivari, Montemor dan Rafard, kata pegawai negeri.
Sejak Disember lalu, hujan lebat menyebabkan banjir yang membawa maut di timur laut Brazil, serta mengakibatkan penangguhan penuaian di barat tengah dan memaksa penggantungan operasi perlombongan untuk tempoh singkat di negeri Minas Gerais. – Reuters
(https://www.reuters.com/world/americas/heavy-rains-cause-landslides-flooding-so-paulo-killing-18-2022-01-30/)