Home Nasional Covid-19: 8 kematian semalam

Covid-19: 8 kematian semalam

Petugas Unit Forensik membawa masuk mayat ke dalam kontena kadaverik 'freezer' berikutan peningkatan kes kematian Covid-19 di Hospital Sultanah Aminah, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 06 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak lapan kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam termasuk satu kematian di luar hospital (BID).

Kementerian Kesihatan Malaysia berkata, pertambahan kes itu menjadi angka kumulatif kematian mencecah 31,965.

Kematian tertinggi direkodkan di Perak dengan tiga kes tiga, diikuti dua kes di Johor .

Melaka, Pahang dan Terengganu pula masing-masing satu kes.

Setakat jam 11.59 malam tadi, sebanyak 53,248 kes aktif dilaporkan.

Jumlah yang dirawat di hospital sebanyak 2,998 kes termasuk 120 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, 65 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kes jangkitan Covid-19 di negara ini sebanyak 2,847, 642. – MalaysiaGazette