KUALA LUMPUR – Semua pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) tidak beroperasi sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina bagi tahun 2022.
Menurutnya, pejabat diĀ Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor akan ditutup pada 1 hingga 3 Februari manakala negeri-negeri lain 1 hingga 2 Februari.
Dalam tempoh penutupan ini, semua janji temu pelanggan yang telah diluluskan melalui sistem e-Janji Temu untuk hadir ke kaunter perkhidmatan adalah dibatalkan dan pelanggan perlu membuat permohonan janji temu yang baharu setelah kaunter perkhidmatan beroperasi semula.
Para pelanggan juga disyorkan untuk membuat semakan senarai pejabat dan cawangan LHDNM yang ditutup terlebih dahulu sebelum hadir ke mana-mana premis bagi mengelakkan sebarang kesulitan. – MalaysiaGazette