Home Seni Hidup MAIS tawar K-GUAM

MAIS tawar K-GUAM

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menawarkan khidmat guaman atas talian secara percuma kepada orang ramai dengan melancarkan K-GUAM bagi memudahkan masyarakat mendapatkan khidmat nasihat perundangan syariah dengan lebih mudah dan pantas melalui platform atas talian..

K-GUAM merupakan perkhidmatan Bantuan Konsultasi Guaman secara percuma dengan
memberikan khidmat Perundangan Sivil dan Syariah yang dilaksanakan melalui platform atas talian.

Menerusi perkhidmatan K-GUAM, Perundangan Sivil merangkumi jenis kes melibatkan
Perkahwinan, Penceraian dan Keluarga; Hartanah dan Conveyancing: Buruh dan Pekerjaan: Wasiat dan Probate; Pemulihan Hutang dan Jenayah. Manakala bagi Perundangan Syariah seperti Perkahwinan, Penceraian dan Keluarga; Hibah, Wasiat dan Pusaka; Wakaf dan Jenayah.

Menariknya K-GUAM ini, merupakan platform perkhidmatan atas talian perundangan yang
pertama MAIS dengan kerjasama Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM).

Perkhidmatan K-GUAM ini mensasarkan 240 permohonan bagi tahun 2022. K-GUAM telah
mula beroperasi pada 29 Disember 2021 dan sehingga kini, sebanyak 18 permohonan yang telah diterima.

Bagi orang ramai yang ingin mendapatkan perkhidmatan K-GUAM, boleh dibuat menerusi link https://www.mais.gov.my/k-guam/ atau maklumat lanjut berhubung perkhidmatan K-GUAM, boleh didapati di laman web MAIS di www.mais.gov.my. – MalaysiaGazette