LONDON – Penyerang muda, Mason Greenwood tidak akan dibenarkan berlatih bersama Manchester United sehingga satu yang ditetapkan kemudian, kata gergasi Liga Perdana itu hari ini.
Kenyataan kedua itu dikeluarkan United selepas polis mengesahkan akan menjalankan siasatan selepas penyerang England berusia 20 tahun itu didakwa terbabit dalam keganasan membabitkan seorang wanita.
Menerusi kenyataan awalnya United berkata, kelab itu menyedari imej dan dakwaan yang tular di media sosial.
“Kami tidak akan membuat sebarang komen hingga mendapat fakta sebenar. Manchester United tidak akan bertolak ansur dalam sebarang bentuk keganasan,” katanya memetik laporan Al Jazeera. – AlJazeera (https://www.aljazeera.com/news/2022/1/30/manchester-united-suspend-greenwood-following-assault-allegation)