Home Nasional Abang durjana rogol adik perempuan diberkas polis

Abang durjana rogol adik perempuan diberkas polis

Tiga lelaki dicekup disyaki terlibat rusuhan dan khianat pecah cermin kereta tepi jalan di Sri Petalingpada Isnin. lalu. - Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang gadis pernah mengadu kepada kedua ibu bapanya bahawa dia dirogol berulang kali oleh abang kandung, namun aduannya itu tidak diendahkan.

Tidak tahan diperlakukan sedemikian rupa sejak hampir empat tahun lalu, mangsa akhirnya memberanikan diri melaporkan jenayah tersebut kepada pihak polis.

Selain rogol, gadis berkenaan juga mendakwa telah dipaksa melakukan seks oral oleh suspek.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan Superintendan Rahmat Ariffin berkata, suspek yang bekerja sebagai buruh binaan dilaporkan melakukan perbuatan jijik itu pada 17 Ogos 2018 di kediaman keluarga berkenaan di Klang Selangor.

Mangsa, 22, juga mendakwa telah dirogol beberapa kali dan suspek kemudian melarikan diri selepas melunaskan nafsu serakahnya.

Dia kemudian memberitahu ibu bapanya tentang kejadian tersebut namun mereka enggan mempercayainya.

“Pengadu tidak melaporkannya kepada polis pada awal kejadian kerana pengadu tidak ada kenderaan untuk ke balai dan takut dimarahi oleh ayah dan ibunya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Rahmat, bertindak atas aduan mangsa, semalam sepasukan polis dari IPD Klang Selatan telah menangkap seorang lelaki berusia 24 tahun disyaki terlibat dalam jenayah tersebut.

Namun tiada pengakuan diperoleh daripada suspek setakat ini.

Beliau berkata, pihaknya telah mendapatkan perintah reman dari mahkamah Klang di bawah di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk menahan suspek sehingga 7 Februari ini.

“Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya. – MalaysiaGazette