Home Nasional MBK tawar hadiah Myvi, Axia kepada pembayar cukai

MBK tawar hadiah Myvi, Axia kepada pembayar cukai

KUANTAN – Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) menawarkan hadiah utama berupa dua buah Perodua Axia dan Myvi kepada pembayar cukai bersempena ulang tahun pertama Kuantan sebagai bandar raya.

Datuk Bandar Kuantan, Datuk Hamdan Hussin berkata, penyertaan cabutan bertuah itu terbuka kepada semua pemegang akaun cukai taksiran am Majlis Bandaraya Kuantan.

“Penyertaan adalah tertakluk kepada pemegang akaun cukai taksiran am yang telah menjelaskan semua tunggakan cukai taksiran termasuk tuntutan cukai bagi setengah tahun pertama dan kedua tahun 2022.

“Bagi merebut peluang cabutan hadiah utama tersebut, keseluruhan bayaran cukai taksiran bagi tahun 2022 dijelaskan sebelum atau pada 30 Jun 2022,” katanya, hari ini.

Hamdan berkata, antara syarat lain peserta perlu bebas dari[ada sebarang bentuk tunggakan berdasarkan semakan sistem i-clean.

ARTIKEL BERKAITAN :

MBK pasang papan tanda pesanan ‘Jangan curi, please sudah 3x tukar’

MBK tanam 4,000 pokok tepi empat pantai

Tambahnya, pemenang cabutan bertuah berpeluang memenangi lima buah motosikal Modenas dan perkakas elektrik.

“Tempoh penyertaan bermula 3 Januari hingga 30 November 2022 bagi berpeluang memenangi hadiah-hadiah istimewa.

“Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 095052651 atau 095052652 pada waktu urusan pejabat,” katanya. – MalaysiaGazette