Home Seni Hidup Nabila dijangkiti Covid-19 kali kedua

Nabila dijangkiti Covid-19 kali kedua

Penyanyi, Nabila Razali

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali mengesahkan dirinya dijangkiti Covid-19 buat kali kedua.

Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali menerusi Instagram berkata, ekoran itu beliau terpaksa menangguhkan kerjanya dalam tempoh 10 hari ini untuk menjalani kuarantin.

Justeru beliau memohon maaf kepada penganjur dan pihak yang terlibat dengan kerja yang sepatutnya dilaksanakannya dalam tempoh terdekat ini.

“Dukacitanya saya ingin memaklumkan bahawa saya telah dijangkiti virus #Covid19 buat kali yg ke-2 (Ya, kali kedua). Banyak kerja terpaksa saya tangguh/batal untuk 10 hari mendatang.

“Saya ingin memohon maaf kepada pihak penganjur mahupun sesiapa yang terkesan dengan berita ini,” tulisnya.

Beliau dalam masa yang sama meminta peminatnya mendoakan kesihatannya.

“Mohon doakan kesihatan saya kembali pulih seperti sedia kala. Covid ini benar dan ia masih berada di luar. Jaga diri. Wasalam,” tambahnya.- MalaysiaGazette