Home Dunia CDC beri kelulusan penuh pemberian vaksin Moderna kepada golongan berusia 18 tahun...

CDC beri kelulusan penuh pemberian vaksin Moderna kepada golongan berusia 18 tahun ke atas

Gambar Hiasan. Foto AFFAN FAUZI, 15 JANUARI 2022.

WASHINGTON – Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) memberi kelulusan penuh kepada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) terhadap vaksin Covid-19, Moderna diberikan kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas, kata agensi itu.

Di bawah FDA, vaksin itu dibenar digunakan dalam keadaan kecemasan sejak Disember 2020 dan kini ia merupakan vaksin kedua yang diluluskan sepenuhnya untuk Covid-19 di AS.

Semalam, panel CDC sebulat suara meluluskan untuk mengesyorkan penggunaan vaksin, selepas FDA memberi kelulusan penuh untuk suntikan itu pada Isnin.

Ketika FDA meluluskan pemberian vaksin, CDC perlu memuktamadkan bagaimana mereka akan melaksanakannya di AS.

Kelulusan yang diberikan Pengarah CDC, Rochelle Walensky merupakan formaliti terakhir proses kelulusan itu.

Vaksin tersebut akan dijual di bawah jenama Spikevax.

Vaksin Covid-19 daripada Pfizer dan BioNTech menerima kelulusan penuh untuk disuntik kepada mereka yang berumur 16 tahun ke atas pada Ogos lalu.

Kira-kira 75 juta orang di AS telah menerima vaksin penuh Moderna – Reuters

https://www.reuters.com/world/us/us-cdc-backs-full-approval-moderna-covid-vaccine-2022-02-04/