Home Nasional Aliran trafik melalui Tol Gombak lancar setakat 12 tengahari

Aliran trafik melalui Tol Gombak lancar setakat 12 tengahari

Aliran trafik lancar menghala ke Ibu Kota namun kenderaan mula bertambah sekitar jam 2 petang susulan warga kota pulang selepas cuti perayaan Tahun Baru Cina ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Lebuhraya Karak. Foto HAZROL ZAINAL, 06 FEBRUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Aliran trafik dari Plaza Tol Gombak menuju ibu negara berjalan lancar setakat pukul 12 tengahari tadi.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati perjalanan trafik di kawasan itu masih terkawal dan tidak ada kesesakan berlaku dari arah Bentong dan jumlah kenderaan juga tidak banyak.

Bagaimanapun, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi Facebook hari ini berkata, aliran trafik setakat pukul 12.08 tengah hari mulai perlahan dari Lentang ke Bukit Tinggi.

Hari ini merupakan hari terakhir untuk orang ramai kembali ke ibu negara selepas seminggu bercuti sempena  Tahun Baru Cina baru-baru ini.

Sementara itu, aliran trafik dari arah selatan turut dilaporkan mulai perlahan bermula dari Tapah ke RnR Tapah dan Sungkai ke Slim River. – MalaysiaGazette