Home Utama Anggota JPJ maut ketika kejar suspek Ops Motosikal

Anggota JPJ maut ketika kejar suspek Ops Motosikal

Anggota JPJ terkoban selepas terbabit kemalangan ketika mengejar seorang penunggang motosikal yang melarikan diri dari sekatan jala raya ketika mengadakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Ops Motorsikal sempena Tahun Baru Cina di Menghala Plaza Tol Gombak, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ 06 FEBRUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang mengejar suspek dalam Ops Motosikal terkorban dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 13 menghala ke Plaza Tol Gombak di sini hari ini.

Kejadian berlaku pukul 10 pagi itu berlaku selepas anggota JPJ berkenaan mengejar seorang suspek menaiki motosikal sebelum terbabas dan dirempuh sebuah kereta dari arah belakang.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Difahamkan, JPJ akan mengeluarkan penuh berkenaan kemalangan itu tidak lama lagi. – MalaysiaGazette

BERITA LANJUT MENYUSUL..