Home Nasional KKM nafi saran warga emas tidak keluar mengundi pada PRN Johor

KKM nafi saran warga emas tidak keluar mengundi pada PRN Johor

MGF2011021_HARI-MENGUNDI_10-640x427
Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menafikan telah mengeluarkan saranan hebahan kepada warga emas berumur lebih 60 tahun supaya tidak keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri Johor akan datang, seperti ditularkan di media sosial baru-baru ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menafikan telah mengeluarkan saranan hebahan kepada warga emas berumur lebih 60 tahun supaya tidak keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri Johor akan datang, seperti ditularkan di media sosial baru-baru ini.

Menurut hebahan palsu tersebut, kumpulan berkenaan disarankan agar berbuat demikian bagi mencegah penyebaran wabak COVID-19 dalam kalangan golongan warga emas.

Bagaimanapun, KKM memaklumkan pihaknya tidak pernah mengeluarkan saranan itu dan berharap orang ramai tidak menyebarkan maklumat palsu terbabit.- BERNAMA

 

7078d65c9b8836a746a492b5cc5c378c?s=150&d=mp&r=g
+ posts