Home Nasional Mahkamah benarkan saman ibu model Belanda bicara di Mahkamah Tinggi

Mahkamah benarkan saman ibu model Belanda bicara di Mahkamah Tinggi

forfeiture suit UMNO MCA Najib Razak 1MDB scandal Court of Appeal appeals Palace of Justice
Mahkamah Persekutuan di sini mengekalkan keputusan dua mahkamah dalam membebaskan M A Ambika yang didakwa telah membunuh pembantu rumah warganegara Indonesia.- Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari telah membenarkan saman yang telah difailkan oleh seorang wanita warga Belanda, Christina Carolina Gerarda Johanna Verstappen berkaitan  kematian anak perempuannya dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Media melaporkan wanita berkenaan yang merupakan ibu kepada mendiang Ivana Esther Robert Smit telah memfailkan saman terhadap Ketua Polis Negara, Pegawai Penyiasat Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Faizal Abdullah, Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia.

Dakwa Christina, pihak-pihak itu cuai dalam siasatan bagi menentukan punca kematian anak perempuannya yang ketika itu berusia 18 tahun.

Hari ini tiga panel hakim yang diketuai Datuk Yaacob Md. Sam sebulat suara telah membenarkan rayuan Christina dan memerintahkan saman itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Turut bersidang bersama Datuk Supang Lian dan Datuk Ghazali Cha.

Christina sebelum ini telah menyaman pada 20 November 2020 dengan mendakwa anak perempuannya ditemukan maut di tingkat enam CapSquare Residence pada 7 Disember 2017, selepas jatuh dari tingkat 20 unit kondominium milik pasangan Amerika, iaitu Alex Johnson dan Luna Almazkyzy.

Dakwa wanita itu, pihak defendan membuka kertas siasatan mengikut laporan kematian mengejut pada 7 Disember 2017 kemudian menutup kes itu.

Namun dakwa Cristina pihaknya tidak boleh menerima keputusan itu dan menganggapnya satu perlanggaran prosedur operasi standard dan amalan terbaik dalam siasatan polis.

Jabatan Peguam Negara kemudian mengarahkan agar satu inkues diadakan bagi menentukan punca kematian anaknya namun pada 8 Mac 2019 pula, Koroner Mahyon Talib memutuskan kes itu sebagai satu ‘insiden malang.’

Berikutan itu, Christina membawa kes itu kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan dakwaan polis telah melakukan kecuaian apabila gagal menutup lokasi kejadian, menyita barang peribadi mangsa, mengumpul bukti.

Christina juga mendakwa polis telah gagal menjalankan siasatan sewajarnya terhadap Johnson dan Almazkyzy.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah membenarkan rayuannya dan mengetepikan keputusan Mahkamah Koroner pada November 2019. – MalaysiaGazette