Home Politik Kalau Zahid ahli sihir, elok sumpah Pas jadi katak – Puad

Kalau Zahid ahli sihir, elok sumpah Pas jadi katak – Puad

Ahmad Zahid Hamidi wizard frogs PAS UMNO Abdul Hadi Awang ducks Mohd Puad Zarkashi Parti Kuasa Rakyat politics
Mohd Puad Zakarshi

KUALA LUMPUR – ”Kalau betul Zahid ahli sihir, elok sumpah sahaja beberapa pemimpin Pas jadi katak supaya senang mereka lompat masuk Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia). Kalau lompat masuk DAP lagi bagus. Aman Malaysia,” ulas Datuk Mohd Puad Zakarshi.

Beliau berkata demikian bagi menjawab kenyataan berang Ketua Pemuda Pas yang menyelar sindiran Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke atas Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mencadangkan supaya Presiden Pas menukar kerjaya daripada ahli politik kepada ahli zoologi.

Sindiran antara dua pemimpin politik itu tercetus selepas Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan ‘itik patah kaki’ kepada UMNO.

Ahmad Zahidi kemudian membalasnya dengan mencadangkan supaya Abdul Hadi menjadi ahli zoologi.

Bagaimanapun, Mohd Puad yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO percaya, Ahmad Zahid tidak akan melakukan sihir kerana beliau bukan ahli sihir.

Lagipun, katanya, UMNO tidak sejahat itu apabila berkawan. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. TAHNIAH atas KEGAGALAN UMNO BN atasi COVID 19…..mana suara ZAHID KOMEDI dan 15 GENG serta ANWARFIKUN MAT SABU DAN SEKUTUNYA macam nak QIAMAT DUNIA menjerit2 seperti ORANG GILA….kerajaan GAGAL bawah PN….MENDABIK DADA busuk hati Menjamin boleh selesai SEKELIP MATA COVID….
    kerana MUNAFIK ANWAR diberi taraf menteri (Pernah ditawarkan sebelum ini)dan sekutunya HILANG TELOR DAN AKAL untuk bersuara ISMAIL SABRI GAGAL SUPAYA boleh LETAK JAWATAN…..TERMASUK kamu FUAD yang meratib GAGAL GAGAL…..
    guru2 tidak lupa penganiayaan kamu pada mereka dan kamu telah ditelanjangi oleh IDRIS JUSI (guru)dlm PRU 13 di Parlimen BPAHAT

Comments are closed.