Home Nasional Lelaki hampir terjun tingkat 18 pangsapuri gara-gara teman wanita tidak jawab panggilan

Lelaki hampir terjun tingkat 18 pangsapuri gara-gara teman wanita tidak jawab panggilan

Firefighters saving a man who tried to jump off 18th floor of an apartment at Section U2, Shah Alam early this morning. PIX: Fire and Rescue Department
Firefighters saving a man who tried to jump off 18th floor of an apartment at Section U2, Shah Alam early this morning. PIX: Fire and Rescue Department. Anggota bomba selamatkan lelaki yang cuba terjun dari tingkat 18 di sebuah pangsapuri di Seksyen U2, Shah Alam awal pagi tadi. Foto Ihsan Bomba

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki cuba terjun dari tingkat 18 sebuah pangsapuri di Seksyen U2, Shah Alam awal pagi tadi berikutan teman wanitanya tidak jawab panggilan telefon.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden cubaan bunuh diri itu pada jam 3.35 pagi.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik telah bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun berada di bumbung tingkat 18 pangsapuri berkenaan dan dipercayai cuba membunuh diri.

“Anggota bomba perlu mengambil masa empat jam untuk memujuk sebelum lelaki itu bersetuju untuk turun dari bumbung berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norazam berkata, mangsa dipercayai pernah cuba melakukan tindakan yang sama di Pulau Pinang pada tahun lalu kerana mempunyai masalah keluarga selepas bercerai. – MalaysiaGazette