KUALA LUMPUR – Penyanyi Datuk Hattan pelik dengan tindakan penyiar TV yang sanggup mengejar rating tanpa mengira kualiti seseorang individu itu.
Tanpa merujuk mana-mana penyanyi, Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin seolah-seolah merujuk keputusan memasukkan usahawan tular Ahmad Iqbal Zulkefli sebagai peserta program Big Stage 2022 yang bukan nyanyiannya bagus.
“Tak sangko den…nak kan rating…nyanyi cam sampah pun boleh,” tulis Hattan di laman Facebook miliknya.
Malam kelmarin, pengumuman Ahmad Iqbal menjadi peserta ke-12 di Big Stage mendapat kecaman ramai netizen.
Lebih-lebih lagi apabila nyanyiannya menerusi lagu Biarlah Bulan Bicara disifatkan terlalu teruk.
Big Stage 2022 membuka gelanggang dengan kontroversi apabila usahawan, Datuk Seri Vida dipilih sebagai presiden netizen.
Iqbal, 28, sebelum ini mencetus kontroversi murahan bersama Vida dengan drama kononnya percintaan mereka yang tidak menjadi selain merupakan bekas majikannya. – MalaysiaGazette