Syarikat pertahanan Turkish Aerospace Industries (TAI) berpotensi untuk melahirkan jurutera dalam bidang pertahanan termasuk membabitkan pembuatan pesawat tempur pada masa depan di Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Profesor Temel Kotil juga telah memberi jaminan untuk melahirkan lebih ramai pakar kejuruteraan membabitkan anak Malaysia bagi memacu potensi pembangunan dalam bidang Aeroangkasa.