Home Nasional MPN syor sempadan negara dibuka seawal 1 Mac

MPN syor sempadan negara dibuka seawal 1 Mac

reopening national borders The Chairman of National Recovery Council (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin at a news conference after chairing the MPN meeting at the Ministry of Finance, Putrajaya. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 08 FEBRUARY 2022
The Chairman of National Recovery Council (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin at a news conference after chairing the MPN meeting at the Ministry of Finance, Putrajaya. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 08 FEBRUARY 2022. Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara di Kementerian Kewangan, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 08 FEBRUARI 2022.

PUTRAJAYA – Majlis Pemulihan Negara (MPN) mengesorkan supaya sempadan negara dibuka sepenuhnya seawal 1 Mac ini tanpa keperluan kuarantin wajib.

Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pembukaan sempadan kepada semua negara perlu dilakukan secara terancang berdasarkan penilaian risiko semasa.

Jelas beliau, pelaksanaan ini dilihat akan membantu proses pemulihan ekonomi negara dan industri lain yang berkaitan dengan pelancongan.

“Jadi sebab itu bila ada keputusan hari ini maka proses pemulihan negara akan dapat dipercepatkan pelabur-pelabur boleh datang, industri pelancongan juga meningkat begitu juga industri penerbangan akan dapat meningkat balik,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MPN, hari ini.

Tambah beliau, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada hari ini turut mengesyorkan supaya ujian Covid-19 diwajibkan dalam kalangan pengembara sejurus berlepas dan tiba, sekiranya kerajaan bersetuju dengan syor membuka semula sempadan negara.

“Pembukaan sempadan negara perlu dilaksanakan secara terancang dan berdasarkan penilaian risiko semasa,” katanya.

Terdahulu Muhyiddin yakin sistem kesihatan awam negara mampu menguruskan kes harian positif Covid-19 menerusi pengalaman lalu.

“Daripada taklimat KKM, sistem kesihatan awam kita masih mampu menguruskan sebab sudah ada pengalaman dari segi, perubatan, wad, hospital walaupun kes meningkat namun kapasiti kesihatan awam masih dapat menampung,” ujarnya. -MalaysiaGazette