Home Nasional SPM: 401,927 calon duduki Ujian Bertutur mulai hari ini

SPM: 401,927 calon duduki Ujian Bertutur mulai hari ini

Bangunan Kementerian Pendidikan Malaysia. foto FAREEZ FADZIL, 04 NOVEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Seramai 401,927 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan menjalani Ujian Bertutur bermula hari ini hingga 10 Februari.

Manakala Ujian Mendengar Bahasa Inggeris pada 22 hingga 24 Februari dan Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan 401,097 calon menjalani ujian Bahasa Inggeris pada 21 Februari.

Sementara itu seramai 91,962 calon akan menduduki Ujian Amali Sains (fizik), kimia (93,353) dan biologi (72,669) pada 15 Februari.

Seramai 1,049 lagi calon menduduki Ujian Amali Sains (Sains Tambahan) pada 17 Februari.

Kementerian Pendidikan Malaysia berkata, terdapat sebanyak 3,382 buah pusat peperiksaan bagi Ujian Bertutur dan Ujian Mendengar (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) serta Ujian Amali Sains peperiksaan SPM 2021 disediakan di seluruh negara.

Seramai 50,514 orang petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan pada tahun ini.

Lembaga Peperiksaan mengingatkan semua calon agar merujuk jadual waktu peperiksaan untuk mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod
dan kertas peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.

Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun dari portal rasmi LP di http://lp.moe.gov.my

Calon diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.

Katanya, calon juga hendaklah mematuhi Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam yang terkandung dalam Garis
Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 yang dikeluarkan serta prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ketetapan ini adalah bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan dan pencegahan penularan wabak Covid-19.

Garis Panduan tersebut boleh dimuat turun dari portal rasmi KPM di https://www.moe.gov.my – MalaysiaGazette