Home Nasional Abdul Ghani mempengerusikan mesyuarat khas PRN Johor

Abdul Ghani mempengerusikan mesyuarat khas PRN Johor

Abdul Ghani Salleh

JOHOR BAHRU – Tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan diketahui hari ini sejurus selepas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh selesai mempengerusikan mesyuarat khas berkaitan PRN itu, hari ini.

Beliau yang diiringi Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak dan Pengarah SPR Johor, Nor Nekman Jaimantiba di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada (PERSADA) pada jam 9.38 pagi.

Mesyuarat khas PRN Johor bermula jam 10 pagi tadi antara lain membincangkan tarikh bagi writ pilihan raya dan daftar pemilih yang digunakan serta persiapan lain bagi mendepani PRN berkenaan.

Berdasarkan Fasal (4) Perkara 23 Bahagian Kedua, Undang-Undang Johor, Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895 berkehendakkan suatu pilihan raya umum diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri.

SPR menerima notis daripada Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat berhubung pembubaran DUN Johor penggal yang ke-14 pada 23 Januari lalu.

Pada 22 Januari lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor bagi memberi laluan kepada PRN. – MalaysiaGazette