Seorang ejen hartanah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan cuba membunuh seorang anggota polis dalam satu sekatan jalan raya (SJR) di Seri Kembangan minggu lalu.
Tertuduh, Yap Kah Wai, 29 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Jamaludin Mat.