KUALA LUMPUR – Angka kematian Covid-19 di negara ini terus bertambah dengan sembilan lagi kes semalam.
Jumlah itu termasuk empat kes kematian di luar hospital, kata Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kes terbaharu itu menjadikan angka kematian terkumpul sebanyak 32,065.
Setakat tengah malam tadi, Perak dan Sabah merekodkan dua kes kematian manakala Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Kedah dan Pahang masing-masing dengan satu kes.
Jumlah kes aktif bertambah kepada 94,515 dengan 147 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 79 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette