Home Nasional Saya tak pernah keruhkan hubungan dengan Istana Johor – Syed Saddiq

Saya tak pernah keruhkan hubungan dengan Istana Johor – Syed Saddiq

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Foto AMIRUL SHAUFIQ 10 FEBRUARI 2022.

PETALING JAYA – Tiada keperluan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) untuk mengeruhkan keadaan dengan pihak Istana Johor apatah lagi dalam memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac depan.

Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, sekiranya wujud keadaan sebegitu, beliau sendiri sedia menerima kritikan dan teguran daripada pihak istana lebih-lebih lagi melibatkan kebajikan rakyat negeri itu.

“Sebagai anak Johor (saya) begitu menghormati Perlembagaan dan kita akan tetap hormatinya, walaupun menerima kritikan secara terbuka, (saya) terima dengan hati terbuka.

“(Kita) nak melangkah ke hadapan tanpa perlu untuk mengeruhkan keadaan, saya tidak pernah (mengeruhkan keadaan).

“Kalau boleh saya nak fokus bawa Johor ke hadapan, mana yang boleh saya kurangkan keruh keadaan, saya akan cuba sebaik mungkin,” katanya pada Sesi Syed Saddiq Tanpa Tapis di pejabatnya di Kampung Tunku malam tadi.

Pengasas MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bercakap ketika sesi dialog pada Program ‘Tanya Saja Apa-Apa Tanpa Tapis’ di Kampung Tengku Petaling Jaya, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ 10 FEBRUARI 2022.

Sebelum ini, hubungan Ahli Parlimen Muar itu dengan Istana Johor kelihatan agak tegang susulan teguran yang dilontarkan beberapa kali oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Antaranya Tunku Ismail pernah menyifatkan Syed Saddiq yang juga pengasas Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) sebagai seorang ahli politik yang populis.

Titah Tunku Mahkota Johor, negara ini memerlukan ahli politik yang jujur, inovatif dan berdedikasi. – MalaysiaGazette