
AFGHANISTAN – Seorang disahkan mati dan 14 yang lain cedera berikutan letupan yang berlaku di pintu utama masjid di bandar Qala-e-Naw, ibukota Wilayah Badghisistan Barat.
Ketua Kesihatan Wilayah, Mohammad Asif Qanet berkata, empat kanak-kanak adalah antara yang cedera, kata pegawai itu.
Sementara itu, Pengarah Maklumat dan Budaya Provinsi Badghis, Baz Mohammad Sarwari berkata, letupan itu berlaku pada jam 2 petang waktu tempatan dan siasatan telah dimulakan.
Menurut Sarwari, 10 suspek telah ditangkap, dan tidak ada kumpulan atau individu yang bertanggungjawab terhadap kejadian itu. – Xinhua
(http://www.xinhuanet.com/english/20220211/09341312c1364a8384f4848e47f64f67/c.html)