Home Nasional Labuan, Sarawak dan Sabah catat Rt tertinggi

Labuan, Sarawak dan Sabah catat Rt tertinggi

Kadar Rt yang dilaporkan KKM menerusi laman Facebook Dr. Noor Hisham.

KUALA LUMPUR – Tiga negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan atau nilai Rt (sebutan R-naught) tertinggi dalam negara, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kadar Rt bagi wabak Covid-19 di Malaysia menunjukkan trend penurunan dengan nilai Rt dilaporkan semalam adalah 1.43 berbanding 1.49 kelmarin.

Menurutnya, Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan kadar tertinggi dengan 1.90, diikuti Sarawak (1.61) dan Sabah (1.60).

Sementara itu, katanya, Pulau Pinang pula menyaksikan Rt pada bacaan 1.44, manakala Perlis (1.43), Pahang (1.39), Selangor (1.37) dan Kedah, Kelantan serta Johor masing-masing 1.35.

Negeri Sembilan dan Terengganu mencatatkan nilai 1.34, Putrajaya (1.30), Perak (1.27) dan Kuala Lumpur (1.22).

“Nilai Rt merupakan salah satu penunjuk digunakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dalam membuat penilaian risiko.

“Semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini. – MalaysiaGazette