Home Dunia Syarikat penerbangan diminta elak guna ruang udara Laut Hitam

Syarikat penerbangan diminta elak guna ruang udara Laut Hitam

Kapal selam Tentera Laut Rusia Rostov-on-Don belayar di Bosphorus, dalam perjalanan ke Laut Hitam, di Istanbul, Turki 13 Februari 2022. foto Reuters

KYIV – Ukraine menasihatkan syarikat-syarikat penerbangan supaya mengelak daripada terbang di atas perairan terbuka Laut Hitam dari Isnin hingga Sabtu.

Ia berikutan latihan tentera laut Rusia yang sedang dijalankan di sana.

Lebih 30 kapal Rusia telah memulakan latihan berhampiran Semenanjung Crimea sebagai sebahagian, lapor agensi berita RIA.

“Mulai esok, syarikat penerbangan dinasihatkan untuk tidak terbang …melintasi kawasan ini dan merancang laluan optimum lebih awal, dengan mengambil kira keadaan semasa,” kata perkhidmatan trafik udara negara Ukraine.

Bagaimanapun, ruang udara di wilayah Ukraine kekal dibuka.

Seorang pegawai kanan Ukraine berkata, tidak ada gunanya Ukraine menutup ruang udaranya sebagai tindak balas penambahan tentera Moscow memandangkan syarikat penerbangan Belanda KLM – sebahagian daripada Air France akan berhenti terbang ke Ukraine dan Lufthansa Jerman pula sedang mempertimbangkan untuk menangguhkan penerbangan .

Amerika Syarikat sebelum ini memberi amaran bahawa Rusia boleh menyerang Ukraine pada bila-bila masa.

Namun dinafikan oleh Moscow, sebaliknya berkata, ia mengekalkan keselamatannya sendiri daripada pencerobohan oleh sekutu NATO. – Reuters (https://www.reuters.com/world/europe/ukraine-advises-airlines-skirt-black-sea-due-russian-drills-2022-02-13/)