KUALA LUMPUR – ”Eh.. dia kembali ratib nama saya dah,” usik Datuk Seri Najib Razak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri keenam itu mengandaikan Dr Mahathir sudah benar-benar pulih.
”Terbaik!
”Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik pada Tun Mahathir dan Allah permudahkan semua urusan beliau,” katanya.
Najib berkata demikian selepas Mahathir mengeluarkan kenyataan hari ini.
Dalam kenyataan tersebut, Ahli Parlimen Langkawi itu berkongsi pandangannya mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Dakwa beliau, PRN itu dirancang oleh kumpulan yang dikenali sebagai kluster mahkamah dan kleptokrat dari UMNO.
Tujuan UMNO ialah untuk memperkukuhkan kedudukan mereka di negeri-negeri sebagai langkah awal sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15.
Dalam kenyataan itu, Mahathir menyebut rakyat Johor telah menolak calon-calon UMNO dan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 pada tahun 2018 kerana mereka mahu bertindak dan mendesak Najib untuk melepaskan jawatan dan sebaliknya terus mempertahankannya. – MalaysiaGazette