Home Dunia Gagal tangani protes, Ketua Polis Ottawa letak jawatan

Gagal tangani protes, Ketua Polis Ottawa letak jawatan

Kenderaan dan penunjuk perasaan terus menghalang jalan di pusat bandar ketika pemandu lori dan penyokong terus membantah peraturan vaksin koronavirus, di Ottawa, Ontario, Kanada, 15 Februari 2022. foto Reuters

 

OTTAWA – Ketua Polis Ottawa melepaskan jawatannya selepas kritikan tidak melakukan tindakan yang cukup bagi menghentikan protes Covid-19 yang telah melumpuhkan ibu kota Kanada dan memaksa Perdana Menteri Justin Trudeau menggunakan kuasa kecemasan.

Protes yang didalangi oleh pemandu lori telah mendesak kerajaan untuk menarik balik peraturan vaksin telah mengepung bahagian pusat bandar Ottawa sejak akhir Januari dan hingga menyekat lalu lintas di sempadan Amerika Syarikat (AS), termasuk laluan perdagangan utama.

Demontrasi itu bagaimanapun berjaya ditamatkan oleh polis pada hujung minggu lalu.

Namun, ratusan trak masih diletakkan di luar Parlimen Kanada dan pejabat perdana menteri mendorong Ketua Polis Ottawa, Peter Sloly meletak jawatan, kata Riley Brockington, seorang ahli majlis bandar raya Ottawa, di Twitter.

Sloly dijangka mengumumkan keputusan itu pada hari Selasa.

Polis Ottawa belum mengulas mengenai perkara itu.

Sementara itu, menteri keselamatan awam pula berkata, kerajaan tidak campur tangan dalam keputusan Sloly untuk meletakkan jawatan.

Pengkritik mendakwa Sloly dan pegawai polis lain terlalu berlembut dalam pendekatan mereka terhadap protes berkenaan hingga memberi inspirasi kepada pergerakan lain untuk melakukan demonstrasi sama di seluruh dunia, sekali gus memberi cabaran besar kepada kerajaan Trudeau.

Tetapi, Sloly berkata, pasukan polisnya kekurangan sumber untuk menyuraikan penunjuk perasaan secara aman dan pembelanya menyuarakan kebimbangan tindakan kekerasan boleh mencetuskan keganasan.

Dalam usaha meningkatkan tindakan polis, Trudeau menggunakan Akta Kecemasan pada hari Isnin lalu – memberi kuasa kepada kerajaannya untuk memotong pembiayaan penunjuk perasaan dan mengukuhkan penguatkuasaan undang-undang wilayah dan tempatan dengan pegawai persekutuan.

Trudeau mengaktifkan Akta Kecemasan selepas membuat kesimpulan bahawa penguatkuasaan undang-undang tidak dapat menangani penunjuk perasaan, terutamanya di Ottawa.

Beliau berkata langkah itu, yang memerlukan kelulusan parlimen, akan dihadkan dan disasarkan. – Reuters (https://www.reuters.com/world/americas/trudeau-invokes-emergency-powers-starve-protesting-canadian-trucker-funds-2022-02-15/)