KOTA TINGGI – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid menyifatkan pertembungan banyak penjuru dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac depan menunjukkan suatu landskap baik dalam politik di negara ini.
Katanya, UMNO sebuah parti yang sentiasa terbuka untuk berhadapan dengan pelbagai parti atas dasar demokrasi.
“Pertembungan (banyak penjuru) ini adalah sesuatu yang dinamik, jadi saya ingat untuk sebuah demokrasi, tidak ada masalah.Satu perkara yang baik sebenarnya.
“Kita tahap kita, comes to civilization iaitu peradaban bangsa yang tinggi, we are civilize..saya (lihat) tidak ada masalah,” katanya ketika diminta mengulas mengenai PRN Johor yang bakal menyaksikan banyak pertembungan daripada parti-parti yang akan bertanding.
Beliau berkata demikian pada sidang media sempena lawatan kerja pembangunan luar bandar ke wilayah Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), di sini hari ini.
PRN Johor bakal menyaksikan penyertaan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Parti Pejuang Tanah Air dan Parti Warisan masing-masing akan bertanding buat kali pertama di pentas pilihan raya.
Sementara itu, ditanya mengenai Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang mendakwa ‘kluster mahkamah’ mengganggu pentadbiran sehingga beliau hilang jawatan sebagai perdana menteri boleh mempengaruhi pengundi PRN Johor, Mahdzir emggan mengulas mengenai dakwaan itu.
Katanya, masyarakat boleh menilai sendiri terhadap apa-apa perkara melibatkan ahli-ahli politik.
“Piliha raya ini pada tahun 2022 dan ia merupakan pilihan raya di zaman digital…masyarakat boleh membuat penilaian di atas apa-apa urusan melibatkan ahli politik. -MalaysiaGazette
Ok lah tu sebab untungkan UMNO . Kalau 10 orang pengundi 4 orang je pilih UMNO 6 orang lagi bahagi tiga sokong pembangkang UMNO tetap menang