SINGAPURA – Singapura akan menghantar seramai 330 atlet ke Sukan SEA ke-31 di Hanoi dari 12 sehingga 23 Mei ini.
Ia diputuskan dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden Presiden Majlis Sukan Olimpik Singapura (SNOC), Tan Chuan-Jin.
Bagaimanapun, atlet yang masih belum memenuhi kriteria kelayakan mempunyai masa sehingga awal Mac untuk memenuhi kriteria pemilihan untuk dipertimbangkan oleh jawatankuasa rayuan katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, bekas atlet taekwondo dan juara Sukan SEA S. Sinnathurai, yang berumur 50 tahun akan mengetuai pasukan republik itu sebagai chef de mission dibantu bekas pelari pecut negara, Asmah Hanim, 37, dan bekas penembak negara, Damien Ler, 42.
SNOC berkata, ia kali pertama ketiga-tiga mereka berperanan dalam peranan chef de mission.
“Saya berharap atlet yang menyertai Sukan SEA akan menikmati pengalaman yang bermanfaat dan bermakna di Hanoi dan mengambil peluang ini untuk memberikan yang terbaik sebagai duta terpuji untuk negara,kata Sinnathurai.”
Manakala Asmah berkata, dia berharap pengalamannya sebagai jurulatih, atlet dan pendidik dapat “membantu membawa nilai kepada pasukan dan menyumbang kepada kempen Sukan SEA yang positif di Hanoi.- CNA NEWS-
(https://www.channelnewsasia.com/sport/sea-games-team-singapore-snoc-vietnam-hanoi-2503446)