Home Seni Hidup UPSI terap keutuhan modal insan terhadap pelajar, kakitangan

UPSI terap keutuhan modal insan terhadap pelajar, kakitangan

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff .- Foto MOHD ADZLAN, 14 FEBRUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menekankan kepentingan  aspek pendidikan keinsanan dalam kalangan pelajar dan kakitangannya.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, pihaknya ingin melahirkan pelajar dan graduan yang memliki nilai kemanusiaan, keprihatinan dan kekeluargaan yang tinggi dalam melonjakkan  nilai diri sekali gus membawa nama baik universiti.

Kejayaan UPSI melahirkan pelajar yang meraih pelbagai kejayaan di peringkat nasional dan antarabangsa dalam bidang kesukarelawanan adalah kerana amalan pendidikan keinsanan yang ditaerapkan oleh universiti ujar beliau, katanya ketika menyampaikan Amanat Naib Canselor 2022 di Panggung Percubaan di UPSI baru-baru ini.

Md Amin berpendapat imej UPSI di mata masyarakat dalam dan luar negara akan meningkat apabila memiliki pelajar dan kakitangan yang mempunyai nilai modal insan.

Malah, ia akan memberi kelebihan untuk mencapai  sasaran sebagai antara  100 universiti terbaik dunia pendidikan menjelang 2030.

“Pejuang bahasa Melayu, Pendeta Za’ba dan ramai tokoh yang dilahirkan oleh sejarah UPSI dan pengorbanan  keluarga kita sendiri perlu menjadi sumber inspirasi dalam mengutuhkan modal insan.

“Kita akan mewajibkan semua pelajar baharu UPSI mengikuti program Bina Insan dan diterapkan Pendidikan Adab dan Keinsanan bagi menyerlah jati diri, prihatin dan nilai kerohanian sebagai  teras dalam akademik dan kehidupan bagi mengukuhkan bakat mereka,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau  turut memperkenalkan program “Rabu Untuk Qalbu”  setiap bulan dalam kalangan kakitangan sejak awal Januari lalu bagi mengukuhkan hubungan silaturrahim sesama kakitangan. – MalaysiaGazette