Home Dunia Kapal bawa muatan Porsche, Bentley terbakar

Kapal bawa muatan Porsche, Bentley terbakar

Kapal Felicity Ace, yang dalam perjalanan dari Emden, Jerman, terbakar lebih 100 km dari kepulauan Azores, Portugal. foto Tentera Laut Portugis melalui Reuters

BERLIN – Sebuah kapal yang membawa kenderaan Bentley dan Porsche hanyut di tengah-tengah Lautan Atlantik selepas ia terbakar.

Seramai 22 anak kapal telah diselamatkan.

Kapal itu dalam perjalanan dari Emden di Jerman. Volkswagen, yang memiliki Bentley dan Porsche, mempunyai kilang, ke Davisville, Rhode Island di Amerika Syarikat.

Volkswagen berkata, beberapa kenderaan Audi turut berada di dalamnya termasuk kereta-kereta yang telah dibayar oleh para pelanggan.

Jurucakap Volkswagen berkata: “Kami menyedari insiden melibatkan kapal kargo pihak ketiga yang mengangkut kenderaan Kumpulan Volkswagen merentasi Atlantik. Kami sedang berhubung dengan syarikat perkapalan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian itu”.

Tiada siapa yang cedera dalam kebakaran yang berjaya dikawal oleh pihak berkuasa Portugis di luar pantai kepulauan Azores.

Anak kapal telah dipindahkan dari Felicity Ace, sebuah kapal pengangkut kereta seberat 60,000 tan yang didaftarkan di Panama, menurut tentera laut Portugal.

Mitsui OSK Lines yang mengendalikan operasi kapal itu berkata, ia kesal dengan kemalangan tersebut dan akan melakukan segala usaha untuk membendung kerosakan dan menyelesaikan keadaan yang berlaku. – The Telegraph (https://www.telegraph.co.uk/business/2022/02/18/ship-carrying-hundreds-porsches-bentleys-adrift-catching-fire/)