Home Dunia Lori tangki meletup di Lagos, 17 mayat rentung

Lori tangki meletup di Lagos, 17 mayat rentung

Gambar hiasan

ABUJA – Sebuah lori tangki yang sarat dengan bahan api meletup selepas melanggar sebuah bas di wilayah barat daya Nigeria.

Tragedi itu mengorbankan sekurang-kurangnya 17 orang, kata polis trafik.

Lori tangki itu terbakar di sebuah bandar di barat daya negeri Ogun, di sepanjang lebuh raya Lagos-Ibadan, menurut Florence Okpe, jurucakap Kor Keselamatan Jalan Raya Persekutuan di Ogun.

Sebanyak 14 mayat rentung sehingga tidak dapat dikenal pasti.

“Cuma tiga lagi mayat telah dikenal pasti dan dibawa ke bilik mayat berhampiran, kata Okpe kepada pemberita di tempat kejadian.

“Kemalangan maut disyaki berpunca daripada pemanduan berbahaya, yang mengakibatkan perlanggaran dan mencetuskan kebakaran,” katanya.

Jrucakap polis trafik berkata, walaupun operasi menyelamat telah ditamatkan, anggota penyelamat yang segera bergegas ke tempat kejadian tidak dapat memastikan jumlah keseluruhan orang yang terlibat.

Kemalangan jalan raya yang membawa maut sering dilaporkan di Nigeria, yang sering disebabkan oleh muatan berlebihan, keadaan jalan yang buruk dan pemanduan yang melulu. – Xinhua (http://www.xinhuanet.com/english/africa/20220219/3672db7a88a84819bac1e58d3108772b/c.html)