
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua individu bagi membantu siasatan kes SPRM.
Menerusi kenyataan, agensi penguatkuasa undang-undang itu memaklumkan individu pertama yang dicari ia;ah Khor Jun Han @ Kevin, 32, mempunyai alamat terakhir di No. 15, Jalan74/26, Taman Sri Rampai, Setapak, Kuala Lumpur.
Manakala, individu kedua, Muhammad Nizamuddin Mohd Iskandar, 20, pula beralamat terakhir di No 3-2B, Jalan Desa 9/2, Bandar Country Homes, Rawang, Selangor.
Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai dua individu berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat, PPs Ahmad Nuri Muda di talian 017-2047355 atau 03-5525 6500. – MalaysiaGazette