Home Dunia 11 maut terhumban dalam gaung curam

11 maut terhumban dalam gaung curam

Kawasan gaung curam di Jalan Sukhidhang-Dandaminar di daerah Champawat Uttarakhand. foto TOI

NEW DELHI – Seramai 11 orang terbunuh manakala dua lagi cedera selepas sebuah kenderaan terjatuh ke dalam gaung yang curam di Jalan Sukhidhang-Dandaminar di daerah Champawat Uttarakhand awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Kumaon, Nilesh Anand Bharane berkata, kenderaan tersebut membawa tetamu dari sebuah majlis perkahwinan di Panchmukhi Dharamshala, Tanakpur.

Pemandu dan beberapa mangsa yang cedera dikejarkan ke sebuah hospital daerah untuk rawatan segera.

Kemalangan berlaku di kawasan terpencil kira-kira lapan kilometer dari Sukhidand semasa para penumpang dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan di Tanakpur ke perkampungan Danda Kaknai.

Perdana Menteri Narendra Modi mengumumkan bantuan sebanyak Rs 2 lakh setiap seorang kepada waris mangsa yang terkorban.

Ketua Menteri Pushkar Singh Dhami yang sedih dengan kejadian itu mengarahkan pentadbiran tempatan menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Penguasa Polis Champawat, Devendra Pincha berkata kira-kira 14-15 orang menaiki kenderaan itu ketika ia terhumban ke dalam gaung.

Walaupun 11 mayat telah ditemui setakat ini, operasi mencari sedang dijalankan untuk mencari orang yang masih hilang. TOI (https://timesofindia.indiatimes.com/city/dehradun/11-killed-two-injured-after-vehicle-falls-into-gorge-in-uttarakhands-champawat/articleshow/89740274.cms?from=mdr)