KUALA LUMPUR – Sebanyak 43 kes kematian akibat Covid-19 semalam menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 32,390, kata Kementerian Kesihatan (KKM).
Daripada jumlah itu, 13 kes kematian berlaku di luar hospital (BID).
Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 32,390.
Johor dan Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi, masing-masing 10 kes, diikuti Kedah tujuh dan Sabah lima kes.
Manakala Pahang, Pulau Pinang dan Kelantan, Pahang, Pulau Pinang masing-masing dua kes.
Masing-masing satu kes kematian direkodkan di Melaka, Negeri Sembilan, Sarawak, Terengganu dan Kuala Lumpur.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 258,985 kes aktif dilaporkan, termasuk 272 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 164 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Malaysia kini merekodkan sebanyak 3,221,680 kes jangkitan akibat pandemik itu. – MalaysiaGazette