KUALA LUMPUR – Hanya tiga aduan kekurangan bekalan Kit Ujian Pantas Antigen Covid-19 (Ujian Kendiri) (RTK) di pasaran diterima oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Menurut kementerian berkenaan, aduan berkenaan menunjukkan peratusan sangat rendah bagi tempoh Januari sehingga Febuari tahun ini.
Dalam pada itu KPDNHEP berkata, sehingga kini sebanyak lebih kurang 18 juta unit RTK yang berada di pasaran.
Selain itu, 8,084 premis runcit telah diberi kelulusan kebenaran menjual RTK yang diiktiraf oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia (MDA).
Menurut kementerian itu, lapan pengilang Establismen yang mendapat kebenaran bersyarat menghasilkan RTK dalam negara telah mengeluarkan 4.306 juta unit RTK sehingga Febuari.
“Manakala, negara telah mengimport sejumlah 2.34 juta unit RTK dari 7 buah negara. Jumlah keberadaan RTK tambahan di pasaran sehingga hujung Februari adalah 6.647 juta unit,” kata KPDNHEP menerusi kenyataan.
KPDNHEP juga melakukan penguatkuasaan ke atas keberadaan bekalan kit ujian menerusi pemantauan dan pemeriksaan berkala setiap hari.
“Terutama di peringkat pengimport, pengilang, pemborong dan peruncit bagi memastikan bekalan kit ujian ini sentiasa stabil di dalam pasaran dan mudah diperolehi oleh pengguna,” tambah kementerian itu.
Selain itu kementerian sebanyak 80 peratus RTK dijual di bawah RM10 seunit.
Manakala, julat julat harga di pasaran adalah antara RM4.90 – RM19.90 seunit.
Justeru, KPDNHEP memberi amaran kepada peniaga agar terus mematuhi peruntukan undang-undang berkaitan penjualan RTK ini bagi mengelakkan tindakan tegas di ambil oleh pihak Kementerian.
Sebagai rekod, RTK diwartakan sebagai barang kawalan di bawah Perintah Kawalan Bekalan (Barang Barang Kawalan) (No.6) 2021 pada November tahun lalu.- MalaysiaGazette