Home Politik Itu hak Zahid nak bersumpah, saya tak berbohong – Muhyiddin

Itu hak Zahid nak bersumpah, saya tak berbohong – Muhyiddin

The Chairman of National Recovery Council (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin at a news conference after chairing the MPN Meeting at the Ministry of Finance in Putrajaya. PIX: AMIRUL SHAUFIQ / MalaysiaGazette / 22 FEBRUARY 2022. sumpah laknak Ahmad Zahid Hamidi corruption trial court case UMNO 1MDB debt Najib Razak
Muhyiddin Yassin

PUTRAJAYA – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan menghalang hasrat Datuk Ahmad Zahid Hamidi melakukan sumpah laknat menafikan dirinya pernah meminta pertolongan daripadanya mengenai perbicaraan kes rasuah di mahkamah.

Beliau berkata, walaupun Presiden UMNO itu mahu bersumpah beberapa kali pun beliau tidak terkesan kerana perkara itu adalah satu kebenaran dan mengakui dirinya tidak berbohong kepada rakyat.

“Itu hak dia, dia nak sumpah ke tak sumpah. Saya bercakap benar, nak cakap dengan rakyat jangan bohong. Kalau dia nak sumpah, berapa kali sumpah…sumpah lah itu terserah pada dia,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Terdahulu Muhyiddin mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) hampir tiga jam di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Semalam, Ahmad Zahid menyatakan kesanggupannya melakukan sumpah laknat bagi menafikan dakwaan Muhyiddin bahawa beliau pernah meminta pertolongan untuk melepaskan dirinya daripada pertuduhan di mahkamah.

Sebelum ini, dalam ceramah di Tangkak, Johor pada 17 Februari lalu, Muhyiddin mendakwa Ahamd Zahid melawatnya selepas beliau dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan dengan membawa fail bertimbun.

Dalam pada itu, Muhyiddin juga enggan melayani cabaran Ahmad Zahid yang meminta beliau membuat sumpah laknat bagi membuktikan dakwaan itu berasas.

“Saya tidak akan bersumpah pasal saya tak pernah berbohong, apa yang saya sebut itu adalah sesuatu yang hak, walaupun yang betul itu kadangkala pahit didengar,” katanya.

Ahli Parlimen Pagoh itu turut menegaskan pendedahan yang dibuatnya itu bukan kerana mahu menjadikan ia sebagai isu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Saya sebut adalah hak, sesuatu yang benar, bukan sesuatu yang direka, bukan disengaja kerana politik pilihan raya….tidak.

“Apa situasi sekarang pun kita akan nyatakan perkara yang betul dan harap rakyat faham apa yang saya jelaskan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Zahid sedia sumpah laknat, nafi bawa fail kes mahkamah jumpa Muhyiddin

1 Komen

  1. Woi Muhyidin ni rakyat tanya..ko berani bersumpah kah apa yg ko tuduh tu benar? dan ko berani buat laporan polis tak kalau betul ada campurtangan? cakap mcm orang bodoh!

Comments are closed.