Home Dunia Varian Omicron kurang bawa maut berbanding Delta di Korea Selatan

Varian Omicron kurang bawa maut berbanding Delta di Korea Selatan

Orang ramai menunggu dalam barisan untuk menjalani saringan Covid-19 di tapak ujian sementara yang disediakan di Plaza Dewan Bandaraya di Seoul, Korea Selatan. (Foto: REUTERS/ Heo Ran)

SEOUL – Orang yang dijangkiti varian Omicron hampir 75 peratus kurang risikonya berbanding orang yang dijangkiti varian Delta.

Itu data yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan Korea Selatan.

Menurut kajian Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA), kira-kira 67,200 kes berisiko tinggi dan kadar kematian varian Omicron masing-masing pada purata 0.38 peratus dan 0.18 peratus berbanding 1.4 peratus dan 0.7 peratus bagi kes varian Delta.

Manakala kira-kira 56 peratus daripada 1,073 orang yang meninggal dunia sejak lima minggu lalu tidak divaksinasi atau hanya menerima satu dos.

Mereka yang berusia lebih 60 tahun juga menyumbang 94 peratus daripada kematian.

Selain itu, lebih 86 peratus daripada 52 juta penduduk Korea Selatan telah diberi suntikan dua kali dan hampir 60 peratus telah menerima suntikan dos penggalak.

Korea Selatan telah mengekalkan kes dan kematian yang agak rendah berkat langkah-langkah penjarakan sosial yang meluas dan ujian dan pengesanan yang agresif. -CNA NEWS-

(https://www.channelnewsasia.com/asia/omicron-covid-19-variant-75-less-likely-kill-delta-strain-south-korea-2512521)