KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) menutup sementara cawangannya di Labuan hari ini (Khamis) sehingga 25 Februari 2022 (Jumaat) bagi memberikan laluan kepada kerja-kerja sanitasi.
Ia dijangka kembali beroperasi pada 28 Februari 2022 (Isnin).
Dalam tempoh penutupan sementara ini, semua janji temu pelanggan yang telah diluluskan melalui sistem e-Janji Temu untuk hadir ke kaunter berkenaan adalah dibatalkan dan pelanggan perlu membuat permohonan janji temu yang baharu setelah kaunter dibuka semula.
Para pelanggan juga disyorkan untuk membuat semakan senarai pejabat dan cawangan LHDN yang ditutup sementara terlebih dahulu sebelum hadir ke mana-mana premis bagi mengelakkan sebarang kesulitan. – MalaysiaGazette