Home Politik PRN Johor: Puad Zarkashi calon kerusi Rengit

PRN Johor: Puad Zarkashi calon kerusi Rengit

Dr. Mohd Puad Zarkashi

JOHOR BAHRU – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dipilih semula sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit.

Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat itu menggantikan penyandang DUN tersebut, Ayub Jamil yang merupakan Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor.

Pengumuman dilakukan Pengerusi BN Johor, Datuk Hasni Mohammad di Bangunan UMNO pagi ini.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 Mohd Puad gagalĀ  mempertahankan kerusi Parlimen Batu Pahat apabila tewas kepada calon PKR, Datuk Mohd Idris Jusi dengan majoriti 1,732 undi.

Bagaimanapun beliau tidak dicalonkan di kerusi sama pada PRU-14 dan digantikan Ketua Wanita bahagian itu, Haliza Abdullah.

Mohd Puad pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Pahat selepas menewaskan calon Pas, Muhammad Abdullah dengan majoriti 12,968 undi pada 2008 pada PRU12. – MalaysiaGazette